Sunday, August 23, 2009

Masjid sebagai Tempat Ibadat

Tugas utama Masjid ialah untuk melaksanakan ibadat seperti Sembahyang Lima Waktu, Sembahyang Jumaat, membaca Al-Quran dan majlis-majlis zikrullah

Masjid sebagai Dewan Syura

Selain tempat ibadat, Masjid merupakan Dewan Syura umat Islam. Di zaman Rasulullah perbincangan secara syura dibuat sebelum memasuki perang Uhud, Ahzab dan lain-lain peperangan. Di zaman Khulafak Alrasyidin, Masjid Nabawi digunakan sebagai tempat membincangkan masalah perang, perjanjian-perjanjian, majlis perdamaian dan masalah-masalah politik.

Masjid merupakan Pusat Pendidikan Pertama dalam Islam


Peranan terpenting Masjid di zaman awal Islam ialah dibidang pendidikan. Masjid Nabawi mengeluarkan generasi Islam pertama yang dikenali sebagai ‘Generasi Al-Quran Yang Ulung’ yang mempelopori bidang kepimpinan Islam. Selain Masjid Nabawi, Masjid di Baghdad, Sham, Sana’a, Al-Azhar Mesir, Tunisia, Maghribi dan Andalus memainkan fungsi yang sama.

Masjid sebagai Rumah Persinggahan

Masjid juga merupakan rumah persinggahan musafir, dimana di situ disediakan makanan, minuman serta pakaian kepada mereka. Di zaman Rasulullah s.a.w. terdapat ahli Al-Sifat yang diberikan kemudahan tersebut.

Masjid sebagai Pusat Kebajikan

Masjid di awal Islam berfungsi menguruskan kutipan zakat dan sedekah dan pembahagian harta-harta tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Masjid sebagai Pusat Latihan Tentera

Masjid Nabawi juga pernah dijadikan tempat latihan perang.

Masjid sebagi Hospital

Di zaman Rasulullah s.a.w. Masjid Nabawi dijadikan sebagai Pusat Rawatan Tentera-tentera Islam yang tercedera dalam peperangan.

Masjid sebagai Rumah Tetamu dan Rombongan

Di Masjid Nabawi juga terdapat satu ruang khas untuk menyambut tetamu dan rombongan yang datang dari luar Madinah. Disini disediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan, bersesuaian dengan keadaan ketika itu.


Masjid sebagai Mahkamah

Di zaman Rasulullah s.a.w. segala masalah yang berlaku dan usaha mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa diselesaikan di Masjid.

Masjid sebagai Tempat Tahanan Tawanan Perang Musyrikin

Disebalik tindakan itu, terdapat beberapa hikmat dan rahsia. Diantaranya bertujuan untuk pengislaman mengikut budi bahasa yang mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.

Masjid sebagai Pusat Penyebaran Islam

Di zaman Rasulullah s.a.w. peranan terpenting Masjid ialah dibidang penyebaran dan penerangan Islam. Hasan bin Thabit r.a. merupakan sahabat pertama diamanah menjalankan tugas ini. Hal ini diteruskan hingga ke zaman Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.

KESIMPULAN


Masjid berperanan luas dalam pembentukan moral masyarakatnya. Setiap perkara boleh dirujuk dan diselesaikan melalui majlis permesyuaratan. Jika dibandingkan fungsi Masjid dengan lain-lain tempat perjumpaan awam yang lain, ruang dan masa yang diperuntukan di masjid lebih meluas dan terbuka kerana dalam tempoh sehari semalam, Masjid menyediakan peluang 5 kali waktu pertemuan. Disinilah juga terdapatnya semangat penyatuan umat dan meningkatkan hubungan kemesraan. Sesungguhnya fungsi Masjid teramat luas kepada umat Islam samada dari sudut ekonomi, sahsiah dan politik.

No comments:

Post a Comment